Share Event
Facebook
Twitter
LinkedIn
Upcoming Events
May 16, 2025

Event Date: September 13, 2024
PROGRAM KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH 2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni (JKEPA) 2023/2025 akan menganjurkan program seperti berikut :
- 🗓️ Tarikh : 09 Rabiulawal 1446H / 13 September 2024M
- 🗒️ Hari : Juma’at
- ⏰ Jam : 2:00 petang hingga 5:00 petang
- 📍 Tempat : Surau Al-Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
- 📝 Peserta: *20 Alumni UNISSA*
- 👕 Kod pakaian : Pakaian sopan dan menutup aurat
Antara Objektif Program tersebut:
- * Menunaikan kewajiban Fardhu Kifayah;
- * Untuk mempersiapkan diri menjadi penggapai jenazah apabila diperlukan pada bila-bila masa;
- * Meningkatkan kemahiran dan kualiti alumni UNISSA dalam keugamaan;
- * Dan menyebarkan serta membudayakan ilmu ugama secara meluas di kalangan masyarakat.
Kepada para Alumni UNISSA yang dikasihi, sukacita menjemput dan mengalu-alukan penyertaan untuk mengikuti program tersebut secara PERCUMA🥳.
Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah melayari akaun Instagram rasmi Persatuan Alumni UNISSA iaitu @alumniunissa.