MAJLIS HARI PENGHARGAAN PERPUSTAKAAN UNISSA 2024

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date: February 28, 2024

Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Hari Penghargaan Perpustakaan pada hari Rabu 28 Februari 2024.

 

Hadir sebagai tetamu kehormat Majlis Hari Penghargaan tersebut adalah Yang Mulia Pemangku Rektor UNISSA Dr Arman bin Hj Asmad.

 

Hari Penghargaan Perpustakaan ini diinisiatifkan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar dan tenaga akademik yang banyak mengambil manfaat dengan kemudahan perpustakaan yang disediakan disamping menjadi contoh teladan serta galakan kepada warga UNISSA yang lain dalam menggunakan perpustakaan.

 

Diantara pengisian Hari Penghargaan tersebut adalah penyampaian penghargaan bagi kategori Pengguna Terbaik kalangan staf akademik dan pelajar: Best Academician Patron, Dr Yusuf Ibrahim Arorosaiye, Penolong Profesor Kanan dari Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan kepada Best Student Patron, Siti Nur Adibah Hj Matnor, Pelajar Sarjana Pusat Penyelidikan Mazhab Syafie. Dan juga Pemenang-Pemenang Aktiviti Media Sosial Perpustakaan UNISSA seperti Peraduan Fotografi Library Photo of the Year. Kali ini Hari Penghargaan juga diselitkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Kelab Perpustakaan UNISSA iaitu Nadi Maktabah 2023 dan penyerahan surat lantikan bagi pengambilan baharu kelab tersebut.

 

Kelab Nadi Maktabah telah bergerak aktif  sejak ianya mula ditubuhkan pada tahun 2023 dan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan idea menarik dan kreativiti baru dalam usahanya mencapai objektif menghubungkan perpustakaan dengan pelajar dan dalam menggalakkan penggunaan perpustakaan. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah Library Bootcamp, Library Scavenger Hunt bagi Hari Buku Sedunia, Ilal Maktabah (Lets Go To Library) yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti – Shelf Reading, Word Completion, Word Puzzle, Empathy Mapping, Maktabah Hunt, Poster Competition dan akhir sekali Tales of Donation bagi tabung Palestin.