
SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA UNISSA 2023
Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan bahawa UNISSA melalui Perpustakaan, Pusat Penyelidikan & Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu &
Dengan penuh hormat sukacita dimaklumkan bahawa UNISSA melalui Perpustakaan, Pusat Penyelidikan & Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu &
Setiap pelajar yang mengikuti program Doktor Falsafah secara penyelidikan dikehendaki menyediakan proposal dan membentangkan proposal
Viva-Voce(Peperiksaan Lisan) ini telah diadakan pada 11 Mac 2023. Pembentangan yang membawa tema “Kaedah Al-Baghdadi:
Pada hari Sabtu, 25 Februari 2023, Majlis Perwakilan Siswazah (MPS) buat julung kalinya telah melaksanakan Bengkel “Format Penulisan Tesis: Memperkasa Kemahiran Microsoft Word yang berlangsung di bilik latihan 1.3 di UNISSA.
Objektif bagi program ini adalah untuk memperkenalkan siswazah dengan perisian Microsoft Word agar dapat memaksimumkan penggunaannya dalam teknik-teknik penulisan tesis dan disertasi. Bengkel ini juga mengetengahkan cara penggunaan Microsoft Word dengan berkesan beserta memahami fungsi Tool dan format asas yang bersesuaian dalam menghasilkan penulisan akademik. Program ini juga mendorong peningkatan motivasi para siswazah dalam pengajian masing-masing sekaligus memanfaatkan ilmu yang diperolehi daripada modul asas Microsoft Word.
Fasilitator bagi bengkel ini adalah Dr Adam bin Hj Jait iaitu Pengarah Pusat Teknologi dan Multimedia. Turut hadir iaitu seramai 27 orang terdiri dari siswazah lepasan ijazah.
Acara bengkel tersebut adalah berbentuk ‘hands-on’ praktikal yang mengajarkan penggunaan Microsoft Word mengikut gaya UNISSA, penggunaan rujukan dan penggunaan lain-lain menu dan fungsi tool. Hasil dari bengkel ini diharap akan dapat memudahkan para siswazah untuk mengurus tesis dan disertasi dengan sempurna dan secara sistematik.