
Pemeriksaan Lisan (Viva-Voce) – Najla Farahanim binti Zamri
Viva-Voce sepertimana poster diatas ini telah diadakan pada hari Selasa, 30 Mei 2023. Pembentangan yang
Viva-Voce sepertimana poster diatas ini telah diadakan pada hari Selasa, 30 Mei 2023. Pembentangan yang
BOE terakhir yang diadakan pada 29 Mei 2023 telah dijalankan keatas siswazah iaitu Nur Aqilah
BOE yang ketiga yang diadakan pada 29 Mei 2023 sepertimana poster diatas ini. Muhammad Hafizuddin
Pada Rabu, 25 Januari 2023, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA) telah menganjurkan bengkel yang bertajuk “Citation, paraphrasing and referencing”.
Bengkel ini bertujuan bagi membantu para siswazah yang baru khususnya mengasah kemahiran dan memahami teknik penulisan tesis serta ilmu-ilmu terkini yang berkaitan dengannya. Disamping itu, menyediakan platform bagi para siswazah untuk bertukar idea dan berkongsi pengetahuan mahu pun permasalahan mereka antara satu dengan yang lain melalui perbincangan ilmiah.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Hakimah binti Hj Yaacob, Penolong Kanan Profesor, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam dan diadakan di dalam Bilik Latihan L1.3, UNISSA. Seramai 27 siswazah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel Pengembangan Kemahiran Penulisan Tesis ini diharapkan dapat menjadikan pasca siswazah UNISSA lebih berilmu, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti serta mampu mencapai piawaian penyelidikan yang selayaknya