DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA (DR.) HAJI AL-MUHTADEE BILLAH IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH BERKENAN MELANCARKAN BUKU TERBITAN BAHARU UNISSA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MAHRAJAN HAFL AL-TAKHARRUJ KE-13

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

SELASA 22 Ogos 2023 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berkenan berangkat menyempurnakan Pelancaran Buku-Buku Terbitan Baharu UNISSA sempena Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-13 di Kampus Sinaut Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Tutong.

Sebanyak 31 buah buku baharu terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dalam pelbagai bidang telah dihasilkan oleh beberapa orang penulis dalam dan luar negara. Sebelas (11) buah buku dalam bahasa Melayu, sepuluh (10) buah dalam bahasa Inggeris, tiga (3) buah dalam bahasa Arab dan sebuah monograf al-Shafi’I membahaskan isu-isu berkaitan maqasid syariah dan undang-undang, usuluddin dan spiritual, pengurusan, astronomi Islam, MIB, terjemah, kesusasteraan, pertanian dan sekuriti makanan, sesuai dengan tema sambutan Mahrajan pada tahun ini, “Transformasi Masa Depan Pertanian Moden dan Sekuriti Makanan Halal: Menguasai Horizon Baharu”.

Di samping itu, turut dilancarkan enam (6) buah jurnal iaitu tiga (3) edisi AR-RA’IQ, dua (2) edisi Al-Shafi’i: International Journal of Islamic Contemporary Studies dan sebuah edisi Journal of Halal Science and Technology.

Pada pelancaran tahun ini, UNISSA Press telah berjaya mengekalkan kerjasama dalam penerbitan kolaborasi sebagai usaha pengantarabangsaan dengan menerbitkan tiga (3) judul buku bersama universiti luar iaitu IIUM Press dan sebuah dengan Universiti Islam Selangor (UIS) Malaysia.

Duli Yang Teramat Mulia DPMM kemudian berkenan menerima pesambah kesemua buku yang diterbitkan sejurus selepas majlis pelancaran  tersebut dilaksanakan.