COURTESY CALL – HIS EXCELLENCY PROFESSOR DR HAMIT ERSOY, THE AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE REPUBLIC OF TURKEY TO BRUNEI DARUSSALAM

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

19 Julai 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini telah menerima satu penghormatan kunjungan muhibbah dari Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy, Duta Mutlak dan Istimewa Turkey ke Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan TYT, Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Semasa perjumpaan yang diadakan di Bilik Pejabat Rektor, Yang Mulia Rektor merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TYT sudi mengunjungi UNISSA dan menawarkan beberapa tawaran antaranya sesi pembelajaran dan pengajaran bahasa Turkey secara percuma kepada UNISSA.

Disamping itu, TYT juga bersedia memperluas jaringan kerjasama antara institusi-institusi pengajian tinggi di Turkey dengan UNISSA melalui pelbagai aktiviti ilmiah seperti seminar, bengkel dan pertukaran pelajar.

Setakat ini keakraban UNISSA dan negara Turkey terjalin melalui penandatangan memorandum persefahaman bersama Universiti Istanbul Sabahattin Zaim pada tahun 2017 kemudian UNISSA juga menerima sumbangan buku wakaf daripada ulama sufi Sheikh Muhammad Fadhil al-Hasani al-Husaini al-Jilani, dari Istanbul Turkey iaitu Kitab Tafsir al-Jilani sebanyak 6 jilid yang telah diwaqafkan ke Perpustakaan UNISSA pada tahun 2019.

Turut hadir, Penolong Rektor Dr Arman bin Haji Asmad Penolong Rektor (Perkhidmatan dan Antarabangsa) , Prof Madya Dr Siti Sara binti Ahmad , Penolong Rektor (Akademik), Dr Awang Haji Hambali bin Haji Jaili, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabngsa, UNISSA.