“CLEAN UP PANTAIKU”

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik dan pegawai Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA telah menyertai Program Cleanup Pantaiku yang bertempat di Pantai Muara, Mukim Serasa di bawah anjuran Badan Pelajar Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMS), UNISSA.

Program ini merupkan inisiatif Badan Pelajar FPPI dalam menggalakkan para pelajar FPPI untuk menyumbangkan usaha dan tenaga dalam membantu untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs) khususnya bagi Matlamat ke-11 di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar serta mewujudkan kesedarkan tentang kesan pembuangan sampah terhadap pantai, habitat akuatik dan sekitarnya.

Program dimulakan dengan aktiviti kempen kebersihan di sekitar kawasan Pantai Muara dan kemudian ditutup dengan ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA.