CERAMAH AGRITALK: ENHANCING CROP-SOIL INTERACTIONS FOR SUSTAINABLE AGRICULTURAL EFFICIENCY

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Rabu, 13hb Julai 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Fakulti Pertanian (FP) telah mengadakan ceramah Agritalk: Enhancing Crop-Soil Interactions for Sustainable Agricultural Efficiency kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, para belia serta orang ramai yang berminat.

Turut hadir semasa bengkel daripada pihak UNISSA ialah Profesor Dr Ahmed Jalal Khan Chowdhury, Ketua Program Siswazah Fakulti Pertanian dan Md Khairul Hidayatullah bin Haji Basir, Ketua Program Pra-Siswazah Fakulti Pertanian. Bengkel dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan rakaman ucapan alu-aluan dari Dr Cristalina Jalil Marsal, Dekan Fakulti Pertanian. Acara dilanjutkan dengan ceramah yang disampaikan oleh Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna, Ketua Pusat Makmal Saintifik Ibnu Sina Fakulti Pertanian selaku fasilitator pada hari berkenaan.

Kesungguhan para peserta untuk mengambil bahagian dan berinteraksi bersama fasilitator jelas kelihatan dan ini menunjukkan keberhasilan ceramah tersebut.

Ceramah ini ialah kesinambungan bagi program Agritalk bersiri yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu.

Tujuan program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada peladang-peladang dan pihak yang berkenaan dalam hal ehwal pertanian moden, memberi bimbingan ilmu-ilmu praktikal dalam pertanian moden di samping, meningkatkan kemahiran pertanian kepada para peserta.