
MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAHMUD YUNUS BATUSANGKAR
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa
22 November 2022– Unit Pembangunan Profesional, Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan bengkel Capacity Development Programme; Taklimat Etika Kerja dan Rukun Akhlak dan Kursus Penyediaan Minit dan Laporan Bagi Pegawai Kerja I-Ready pada hari ini. Bengkel yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh Pegawai Kerja I-Ready, UNISSA seramai 19 orang.
Bengkel dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama mengenai Taklimat Etika Kerja dan Rukun Akhlak yang disampaikan oleh Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor, Kaunselor Pelawat UNISSA. Manakala sesi kedua adalah Kursus Penyediaan Minjt dan Laporan yang mana Tuan Haji Md Samari bin Haji Md Noh, Pemangku Timbalan Pendaftar Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia, UNISSA selaku fasilitator. Di antara perisian di dalam bengkel ini adalah perkongsian maksud etika kerja mengikut prospektif Islam dan secara profesional dan pendedahan kepada peserta bengkel cara penyediaan minit dan laporan.
Melalui program ini, diharapkan para peserta akan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari melalui kursus dan taklimat yang diberikan.