
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMENTERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Bandar Seri Begawan, 5 Jun 2023 – Majlis Perasmian Pameran Kaligrafi daripada pihak Research Centre
Isnin, Jun 5 – Acara Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan
Bengkel Pengurusan Jurnal Dalam Open Journal System (OJS) telah diadakan pada 05 Muharram 1444H bersamaan dengan 03 Ogos 2022M yang disampaikan oleh fasilitator jemputan iaitu daripada Syarikat Rayyan Secutech. Bengkel Pengurusan Jurnal dalam OJS ini adalah anjuran bersama Pusat Penyelidikan dan Penerbitan dan Unit Pembangunan Professional Universiti Islam Sultan Sharif Ali. OJS merupakan sistem pengaturan dan penerbitan jurnal dan website meliputi semua aspek penerbitan jurnal online, dari pembuatan website jurnal hingga tugas operasional seperti proses peer review, pengeditan, penerbitan dan indeks jurnal.
Seramai 13 orang peserta telah menyertai bengkel menggunakan aplikasi Zoom yang terdiri daripada para Ketua Editor Jurnal dan Editor Urusan Jurnal. Penganjuran bengkel ini adalah bagi meningkatkan lagi pengetahuan kepada para peserta dalam pengurusan jurnal atas talian menggunakan OJS. Diharapkan agar hasil daripada penyertaan bengkel ini sekurang-kurangnya akan dapat melancarkan lagi proses penerbitan secara atas talian dengan menggunakan OJS yang dipelajari dalam bengkel ini.