
MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAHMUD YUNUS BATUSANGKAR
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa
20 Jun 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel “Pengkajian Takhrij Hadith” terdiri dari kalangan pegawai-pegawai Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, khasnya pegawai bahagian Perancangan, Kajian dan Penerbitan.
Seramai 30 orang pegawai-pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah telah mengikuti bengkel yang akan diadakan selama 5 hari bermula hari Isnin 20 Jun 2022M bersamaan 20 Zulkaedah 1443H sehingga 25 Jun 2022M bersamaan 25 Zulkaedah 1443H, bertempat di Kampus UNISSA Gadong. Bengkel disampikan olrh Yang Mulia Dr Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Dekan Fakulti Usuluddin dan Yabg Mulia Dr Shayuthy bin Abdul Manas, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai ilmu Takhrij al-Hadith dan kepentingannya, memberi kefahaman dalam menggunakan cara-cara atau teknik khusus untuk mengeluarkan hadith melalui sumbernya yang asli, dan memberi pengetahuan luas mengenai kitab-kitab rujukan hadith dan metodologi penulisannya. Selain itu, antara tujuan lain ialah meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi dengan kitab-kitab Turath dalam berbagai kategori iaitu tidak terhad dengan kitab berkaitan Hadith dan juga memberi pengetahuan asas dalam menghukum hadith.
Diharap bengkel ini akan dapat memberikan para peserta kemahiran dalam penggunaan hadith dan cara mengetahui martabatnya sama ada sahih, hasasn, dhaif ataupun maudhu’, memberikan pendedahan yang betul tentang kepentingan hadith sebagai rujukan kedua selepas Al-Qu’ran Al-Karim dan serta membantu meningkatkan mutu penghasilan penerbitan buku-buku Pusat Da’wah Islamiah yang lebih berkualiti dan dijamin keabsahan penggunaan hadithnya.