BENGKEL PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENERUSI PENJAJARAN KONSTRUKTIF DAN MODEL PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

16hb November 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Penjajaran Konstruktif (CA) dan Model Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) siri ke 1 tahun 2022 yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Akademik (OAM), Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Unit Pembangunan Profesional di bawah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dan Fakulti Teknologi Islam (FTI), UNISSA. Seramai 98 orang pensyarah termasuk Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Program (Sarjana Muda & Sarjana) dan semua pensyarah Fakulti/Pusat telah menghadiri bengkel selama sehari ni.

Oleh yang demikian, untuk mencapai hasrat ini, UNISSA sewajarnya perlu melalui transformasi pendidikan tinggi yang holistik, berstruktur dan strategik. Bagi memacu transformasi ke arah mencapai matlamat untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi ialah antaranya bermula dengan penambahbaikan P&P dengan melaksanakan P&P berasaskan hasil (outcome-based education-OBE) dan penjajaran konstruktif (constructive alignment-CA) dibuat dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Oleh itu, sebagai langkah permulaan, satu bengkel kerja pemantapan OBE dan penjajaran konstruktif perlu diadakan dan dihadiri oleh semua staf akademik agar mereka mempunyai matlamat yang standard dalam melaksanakan P&P.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman bagi semua staf akademik tentang kepentingan CA dan OBE dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bermula dari memurnikan Program Learning Outcome (PLO), Course Learning Outcome (CLO) dan Unit Learning Outcome (ULO). Seterusnya bengkel ini adalah untuk menyemak secara sistematik aktiviti P&P, menyemak semula Student Learning Time (SLT) dan penilaian kursus supaya selaras dengan hasil pembelajaran yang diharapkan dalam melahirkan atribut UNISSA menerusi Program Education Outcome (PEO: pemantauan 3 hingga 5 tahun setelah tamat menjalani program di UNISSA). Selain itu, pemantapan pembangunan soalan peperiksaan juga akan dimantapkan lagi dalam bengkel berasingan dan lebih memfokuskan kepada pentaksiran dan penilaian.

Pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah merupakan asas dan perlu berusaha secara berterusan oleh sesebuah pengajian tinggi. Setiap universiti sangat menitikberatkan kualiti program akademik yang ditawarkan oleh fakulti dan pusat. Ukuran kejayaan program adalah bergantung kepada sejauh mana objektif program dapat dicapai. Model ini memerlukan satu sistem pengurusan pendidikan yang teratur dan berkualiti seperti sistem ISO: 9000-2015 dan penyertaan akreditasi program.

Rentetan daripada itu program yang berkualiti juga akan mengeluarkan graduan atau modal insan yang berkualiti tinggi dan berkebolehpasaran (employability) serta berdaya saing.

Bengkel kerja ini telah disempurnakan dengan ucapan aluan dari YM Profesor Madya Dr. Siti Sara binti Hj Ahmad selaku Penolong Rektor yang memegang portfolio Akademik. Sementara itu sesi ini disampaikan oleh fasilitator daripada Fakulti Teknologi Islam, UNISSA iaitu Dr. Dayang Hjh Tiawa binti Awang Hj Hamid (Dekan) dan Professor Dr. Hj. Abdul Hafidz Hj Omar (Ketua Program). Fasilitator bengkel telah berkongsi pelbagai maklumat dan juga pengisian yang padat di dalam Bengkel ini. Latihan amali diberikan semasa bengkel ini, di mana setiap staf akademik digalakkan menghasilkan, menghalusi dan menambahbaik semua course outline bagi setiap kursus dalam semua program yang ditawarkan di fakulti dan pusat di UNISSA sangat menitikberatkan kualiti. Oleh itu bengkel seumpamanya ini akan menjadi amalan berterusan yang akan dibuat setiap tahun.

Bengkel kerja ini juga berpeluang untuk memberi Latihan Training of Trainers (😭) bagi perkongsian kepakaran pengetahuan dan kemahiran kepada pensyarah dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Penerapan aspek-aspek asas pengajaran kepada pensyarah diharapkan sebagai usaha berterusan untuk mencapai tahap profesional dalam bidang pengajaran yang disegani dan dihormati. Bengkel diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh YM Dr Haji Norarfan Hj Zainal, Rektor UNISSA kepada Pembentang Terbaik bagi Sesi Pembentangan Bengkel Pemantapkan Course Outline berasaskan Outcome Based Education (OBE) dan Constructive Alignment (CA) dalam kalangan pensyarah.