
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Isnin, 11 September 2023 – Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) perlu sentiasa bersiap siaga, komited dan berterusan dalam menyediakan strategi dan langkah-langkah yang bersesuaian antaranya menilai kurikulum, memperkasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum serta mengemaskini penilaian yang sedia ada bagi memastikan ia bukan sahaja menepati keperluan ugama dan negara bahkan selaras dengan Pendidikan Abad 21. Kaitan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) dan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKSPH) telah menganjurkan Bengkel Kurikulum Pendidikan Tinggi Islam Abad Ke-21. Bengkel kurikulum tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis bersamaan dengan 6 dan 7 September 2023. Seramai 36 orang tenaga akademik UNISSA telah menyertai bengkel kurikulum berkenaan.
Hadir selaku fasilitator undangan ialah Profesor Ts Dr Muhammad Sabri Sahrir, Profesor di Jabatan Bahasa dan Literasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Antara objektif utama pengendalian bengkel berkenaan adalah bagi membincangkan isu-isu penting dan cabaran semasa ke arah mengekalkan kerelevanan kurikulum pengajian Islam dalam mendepani perubahan global, mencadangkan jalan penyelesaiannya, mengongsikan teknik dan strategi dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang efektif menerusi pemanfaatan teknologi bagi menghasilkan pendidikan yang kreatif dan inovatif.