Bengkel Kerjaya : Klinik Penulisan CV

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

15 FEBRUARI 2023

SEMPENA HARI TERBUKA UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) 2023

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) dan Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dengan kerjasama daripada pihak Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei telah mengadakan Bengkel Kerjaya: Klinik Penulisan CV sempena Hari Terbuka UNISSA 2023.

Penyampaian taklimat membuat CV yang efektif

Bengkel Kerjaya ini diadakan secara dua sesi di mana sesi pertama ialah taklimat penulisan CV yang disampaikan oleh Yang Mulia Puan Nur Afiqah binti Mursidi, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei (JCB), manakala sesi kedua pula ialah praktikal penulisan CV yang dikendalikan oleh wakil-wakil daripada JCB.

Aktiviti secara berkumpulan dan sesi soal jawab berkaitan dengan CV

Antara tujuan bengkel ini ialah untuk membimbing para peserta tentang cara membuat CV yang efektif, disamping meneliti dan memberikan penambahbaikan CV para peserta yang sedia ada.

Sesi bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada wakil fasilitator JCB yang disampaikan oleh Ustazah Norasiah binti Haji Amai, Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), UNISSA.

Penyampaian cenderahati kepada fasilitator

Hasil bengkel ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir UNISSA bagi persediaan mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

Sesi bergambar ramai