PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
16 Ogos 2022, Pengacara majlis atau master of ceremony (MC) memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan suatu acara atau majlis berjalan dengan lancar. Pengacara yang bijak mampu menjadikan satu majlis yang dikendalikan bertambah seri dan keceriaannya. Pengacara juga adalah orang yang berperanan dalam memberikan makluman, panduan dan arahan kepada para tetamu agar perjalanan majlis berjalan seperti dirancang, tidak kiralah ianya majlis rasmi atau pun tidak rasmi. Oleh yang demikian menjadi pengacara majlis perlu memiliki ilmu dan daya kreativiti serta kebolehan untuk bertutur dengan petah. Pendek kata pengacara yang mempunyai kebolehan dan kreatif adalah pengacara yang versatil. Menjadi pengacara juga, boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Melihat kepada peluang dalam bidang pengacaraan ini masih terbuka luas dan belum banyak diteroka di negara ini Ekspo Kerjaya UNISSA sempena Mahrajan Hafl al-Takharruj ke-12 tahun ini mengendalikan bengkel berkenaan pengacaraan majlis. Bengkel yang dinamakan Bengkel Juruacara Majlis selama 4 hari ini dianjurkan oleh Unit Kesenian dan Kebudayaan, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA bertempat di Dewan Sepakat 6, ICC, Berakas
Bengkel ini menjemput fasilitator dalam bidang pengacaraan yang berpengalaman iaitu Mohamad Jazmi bin Hj Mohamed Kamel, Pg Abdul Aziz Bin Pg Azahari dan Dayang Debbie Yanti Binti Abdul Ghani. Ketiga-tiganya adalah figura bidang pengacaraan yang telah menempa nama di Negara Brunei Darussalam pada masa ini.
Penyertaan dalam Bengkel Juruacara Majlis ini dihadkan kepada 30 orang peserta sahaja. Ini adalah untuk memberikan tumpuan yang lebih padu dan intensif dalam sesi bengkel berkenaan. Peserta terdiri daripada wakil setiap fakulti-fakulti & pusat UNISSA, ahli-ahli pasukan beruniform UNISSA & tidak ketinggalan menjemput wakil daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Teknologi Brunei dan Politeknik Brunei. Dengan ini, diharapkan agar Bengkel ini UNISSA akan terus berkembang maju dalam menanai serta menghasilkan mahsiswa/i yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tapi juga dalam kemahiran lain