BENGKEL JURUACARA MAJLIS UNIT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2021/2022 ( HARI KEDUA )

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

17 Ogos 2022, Hari kedua Bengkel Juruacara Majlis diadakan sempena Mahrajan Hafl-At Takharuj ke-12 UNISSA di Dewan Sepakat 6, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Pengisian hari ini lebih kepada praktikal dimana setiap peserta mempelajari teknik juruacara seperti melantun suara, mengenal jenis-jenis suara, teknik pernafasan, cara bercakap, asas protokol dan kaitan nilai Melayu Islam Beraja dalam pengacaraan iaitu mengikut kesesuaian penggunaan ayat dalam majlis atau acara.

Para peserta juga turut diterapkan konsep Learning by Doing dan Learning by experience berdasarkan pengalaman fasilitator sendiri. Fasilitator pertama, Mohamad Jazmi Bin Mohammad Kamel berpengalaman dalam menjadi juruacara majlis rasmi dalam dan luar negara. Selain itu, beliau juga merupakan penyampai Rancangan Sukan Arena di Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Juruhebah Pelangi FM.

Manakala fasilitator kedua iaitu Cikgu Debbie Yanti Binti Abdul Ghani pula berpengelaman dalam mengendalikan bengkel-bengkel dan juga mengacarakan majlis seperti Upacara Kejohanan Petanque 1st Borneo International Club, Pesta Sukan Kebangsaan 2011 dan banyak lagi.

Cikgu Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Azahari iaitu fasilitator ketiga juga berpengelaman dalam  mengendalikan bengkel Juruacara dan mengacara dalam negera seperti Majlis Ilmu Negara Brunei Darussalam dan banyak lagi.

Kemahiran dalam bidang juruacara merupakan kemahiran soft skill tambahan yang sangat berguna bagi menaiktaraf keperibadian seseorang. Malah juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada para peserta.