
UNISSA SERTAI DEBAT ARAB DI UIA, MALAYSIA
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Bandar Seri Begawan 14 April 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah mengadakan Bengkel “Fiqh Zakat” sebagai pengisian aktiviti Bahagian Pelaburan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sempena bulan Ramadhan. Bengkel tersebut disertai oleh seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Bahagian Operasi, Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Pelaburan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertempat di dewan teater bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Bengkel yang dijalankan selama setengah hari ini disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Madya Dr Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i dan Yang Mulia Dr Cecep Soleh Kurniawan, Ketua Program Siswazah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i, UNISSA. Adapun tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang zakat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan zakat dan memberikan pengenalan tentang kewajiban zakat dan juga bagi memberikan panduan dan bimbingan dalam melaksanakan jenis-jenis harta yang wajib dikeluarkan termasuklah zakat pelaburan.