BADAN PELAJAR USULUDDIN (BADRU) UNISSA MENYANTUNI ANAK YATIM DAN ASNAF DI SABAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Kota Kinabalu, Sabah Malaysia, 27 Februari 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Unit Akademik dan Kepimpinan, Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) telah mengadakan lawatan kemasyarakatan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Kinarut Papar sempena Program Jelajah Silaturrahim Da’ie Borneo. Seramai 38 mahasiswa/i Fakulti Usuluddin telah mengikuti program ini. Turut hadir Dr Ahmad Baha bin Haji Mokhtar, Timbalan Dekan dan Ustazah Hajah Idahwati @ Irdina Nuraidah binti Haji Idris, Pensyarah Fakulti Usuluddin bertanggungjawab mengiringi rombongan program.

Jelajah Silaturrahim Daie Borneo merupakan program pertama keluar negara berbentuk kemasyarakatan yang diadakan oleh Fakulti Usuluddin melibatkan tenaga akademik dan para pelajar. Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan ukhwah di antara UNISSA dengan institusi-institusi luar negara, di samping upaya promosi bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Usuluddin khususnya.

Dalam pada itu, pemilihan lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Sabah dijalankan dengan objektif memberi kesedaran kepada mahasiswa/i Usuluddin mengenai nasib dan keadaan masyarakat luar yang kurang bernasib baik. Pendedahan ini dihasratkan dapat memupuk rasa kemanusiaan dan ihsan dalam diri pelajar agar lebih menghargai dengan apa yang mereka miliki, serta sentiasa bersedia memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan. Melalui lawatan in juga diharap akan dapat membuka minda para mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih perihatin terhadap kesusahan orang lain.

Acara kemuncak daripada projek menyantuni anak-anak yatim dan asnaf ini adalah penyerahan barang sumbangan yang berhasil dikumpulkan berupa 25 naskah Mushaf UNISSA, wang kutipan, makanan asasi dan peralatan keperluan sekolah yang telah diserahkan kepada Yang Mulia Tuan Haji Nasaruddin Muhammad, Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Pembelian barangan asasi untuk disumbangkan kepada pihak yang memerlukan

Penyerahan Mushaf UNISSA kepada Pihak Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah
Sesi ramah mesra bersama anak-anak Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah