AL Souq (Bazaar Keusahawanan Alumni UNISSA)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) telah mengendalikan satu program bazaar keusahawanan iaitu AL Souq pada hari Khamis dan Sabtu, 02 & 04 November 2023 bersamaan dengan 18 & 20 Rabiulakhir 1445 bertempat di Gimnasium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong, Bandar Seri Begawan.

AL Souq (Bazaar Keusahawanan Alumni UNISSA) merupakan satu program dan inisiatif yang dirangka khas untuk menggalakkan para alumni dan warga UNISSA mempromosikan perniagaan mereka sendiri kepada orang ramai serta untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim antara para alumni dan UNISSA.

Program ini juga telah disertai oleh 27 buah perusahaan. 20 buah daripadanya merupakan perusahaan milik alumni UNISSA. Manakala selebihnya adalah dari warga UNISSA dan perusahaan luar. Bazaar keusahawan ini telah menampilkan pelbagai produk jualan dan perkhidmatan termasuk makanan, minuman, pakaian dan banyak lagi.

Ikut sama memeriahkan dalam pembukaan bazaar AlSouq ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, dan turut hadir juga penolong-penolong rektor  dalam menyokong usaha tersebut dan beramah mesra bersama para alumni UNISSA yang ikut serta dalam bazaar tersebut.

Adapun antara perusahaan kepunyaan alumni UNISSA yang telah mengikuti bazaar ini ialah Bayt Al-Hijama, Al-Sunnah Enterprise, Elsouq.bn Enterprise, Al-Huffaz, Shakur.bn, Elhadaya.bn, Filosofi Keju, Tauhu Begedil Melatop, Nyampatea, Kupi Tu Wa Ga, Oreo Pudding & Cake, Kyna Popsicle, Nabb’s Shop & Kitchen, Takoshake.bn, Tick Ke Wei, Hellomochii.bn & Wobbly.donut.

Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA berharap dengan adanya program bazaar ini dapat mengeratkan lagi jalinan antara universiti dengan para alumni, membina motivasi diri, minat dan keyakinan diri para alumni UNISSA serta bakal graduan UNISSA untuk turut menceburi bidang keusahawanan di masa akan datang.