
UNISSA SERTAI DEBAT ARAB DI UIA, MALAYSIA
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Para pemenang Pertandingan Infografik Kebangsaan yang bertemakan “Brunei Dalam Memerangi Covid-19” anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah diumumkan secara maya pada 4 Mac 2022.
Dua kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan berkenaan iaitu Kategori A bagi Sekolah Menengah dan Kategori B bagi Pusat Tingkatan Enam.
Dayang Nor Izazi Hanisah binti Hj Awg Abd Azizulrosham dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha muncul juara untuk Kategori A bagi Sekolah Menengah dan Muhammad Hazmi bin Haji Abd Mutalib dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah juara untuk Kategori B bagi Pusat Tingkatan Enam.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Yang Mulia Ustaz Muhamed Sahrin bin Haji Masri. Dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa adapun tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengetengahkan hasil pembelajaran secara kreatif dan kritis serta mengadaptasi idea melalui poster. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk memperkasa pembangunan diri pelajar selain membentuk mereka menjadi lebih aktif dan kreatif serta sebagai jalan untuk mereka melakukan interaksi sosial yang sihat walaupun di fasa endamik ini.
Beliau menambah, supaya infografik yang telah diciptakan oleh para peserta untuk diambil manfaat dan dikongsikan kepada orang ramai untuk menjadi peringatan dan panduan lebih-lebih lagi di masa negara berdepanan dengan gelombang ketiga wabak Covid-19 ini.
Pertandingan Infografik ini telah dibukakan kepada seluruh pelajar Pusat tingkatan enam dan pelajar Sekolah menengah di seluruh negara. Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dengan lebih 41 penyertaan daripada Sekolah Menengah dan Pusat tingkatan enam yang berlainan.