
MENERIMA KUNJUNGAN SILATURRAHIM DARIPADA PIMPINAN CABANG ISTIMEWA IKATAN KELUARGA PONDOK MODERN (PCI IPKM) GONTOR
Khamis, 15 Mei 2025 – Kunjungan silaturrahim daripada Pimpinan Cabang Istimewa Ikatan Keluarga Pondok Modern
Khamis, 15 Mei 2025 – Kunjungan silaturrahim daripada Pimpinan Cabang Istimewa Ikatan Keluarga Pondok Modern
Selasa, 13 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) buat pertama kalinya telah
Rabu, 7 Mei 2025 – Satu rombongan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang
Khamis, 15 Mei 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Pengajian Siswazah telah menjayakan sebuah program dengan usahama Universiti Islam Selangor (UIS) untuk pelajar-pelajar siswazah kedua-dua buah universiti. Program yang dinamakan Program Pembangunan Prestasi Cemerlang Untuk Pelajar Pascasiswazah ini diadakan khas bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu daripada tenaga akademik kedua-dua buah universiti secara dalam talian.
Siri pertama program ini dirasmikan oleh Profesor Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik) UNISSA pada hari berkenaan. Turut menghadiri sesi perasmian program ini ialah Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UNISSA, Dr Hajah Sri Rahayu @ Hajah Nurjanah binti Haji Dollah, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UIS, Profesor Madya Dr Nor’adha binti Abdul Hamid beserta beberapa tenaga akademik dan pegawai Pusat Pengajian Siswazah daripada universiti masing-masing.
Untuk siri ini, Profesor Madya Dr Ghassan Ahmed Ali Abdulhabeb daripada Fakulti Teknologi Islam, UNISSA telah diangkat untuk menjadi penceramah pertama bagi sesi perkongsian ilmu dalam program ini. Topik yang diketengahkan beliau adalah Writing a Research Proposal yang berpaksikan kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai oleh para pelajar dalam menghasilkan penulisan untuk topik kajian masing-masing.
Program ini diharapkan agar dapat menambahkan lagi kemahiran dan meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar siswazah UNISSA dan UIS dan seterusnya melahirkan para pelajar berkualiti tinggi. Penjayaan program ini juga diharapkan akan membuka peluang kepada lebih banyak lagi kerjasama antara UNISSA dan UIS pada tahun-tahun yang akan datang.