LIBRARY BOOTCAMP SATUKAN WARGA PERPUSTAKAAN
Khamis – 18 Julai 2024 Seramai 31 orang kakitangan Perpustakaan UNISSA dan juga pelajar UNISSA
Khamis – 18 Julai 2024 Seramai 31 orang kakitangan Perpustakaan UNISSA dan juga pelajar UNISSA
Bandar Seri Begawan, 2 Julai – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Bandar Seri Begawan, 26 Jun –Fakulti Bahasa Arab (FBA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Pada 8 Rejab 1444H bersamaan 30 Januari 2023, Badan Pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA telah mengadakan Majlis Pembubaran bagi Badan Pelajar sesi 2022 dan diteruskan dengan acara pelantikan Badan Pelajar FPPI baharu bagi sesi 2023.
Majlis yang bertempat di Dubai Hall, Airport Mall, dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut adalah Timbalan Dekan, pensyarah-pensyarah serta mahasiswa mahasiswi FPPI.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Unit Keagamaan dan Kerohanian sesi 2022 dan seterusnya ucapan penghargaan daripada Presiden Badan Pelajar sesi 2022.
Acara kemudian diteruskan dengan rakaman ucapan penghargaan daripada Yang Mulia Dekan FPPI kepada Badan Pelajar FPPI sesi 2022 dan ucapan tahniah kepada lantikan baru ahli Badan Pelajar sesi 2023 yang terpilih.
Penyampaian sijil penghargaan kepada mantan Badan Pelajar FPPI sesi 2022 dan sijl lantikan kepada Badan Pelajar FPPI sesi 2023 disampaikan oleh Yang Mulia Dekan FPPI dan seterusnya diselajurkan dengan acara pertukaran hadiah di kalangan pensyarah dan juga pelajar.
Untuk akhirnya, majlis ditutup dengan bacaan doa selamat dari Pengerusi Unit Keagamaan dan Kerohanian sesi 2023 dan acara bergambar ramai.