LIBRARY BOOTCAMP SATUKAN WARGA PERPUSTAKAAN
Khamis – 18 Julai 2024 Seramai 31 orang kakitangan Perpustakaan UNISSA dan juga pelajar UNISSA
Khamis – 18 Julai 2024 Seramai 31 orang kakitangan Perpustakaan UNISSA dan juga pelajar UNISSA
Bandar Seri Begawan, 2 Julai – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa
Bandar Seri Begawan, 26 Jun –Fakulti Bahasa Arab (FBA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
16 Oktober 2022 Pelaksanaan pengurusan jenazah itu merupakan salah satu fardhu kifayah ataupun tanggungjawab sosial bagi umat Islam. Oleh itu, mengetahui dan mempelajarinya adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap individu Muslim.
Sehubungan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni dengan kerjasama Unit Kemahiran dan Latihan, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Fardhu Kifayah: “Pengurusan Jenazah” bagi memberikan pengetahuan dan pendedahan secara praktikal kepada alumni UNISSA tentang cara pengurusan jenazah, seperti mana yang dituntut dalam Islam. Program tersebut diadakan di Surau As-Syafi’I UNISSA.
Diantara objektif program ini adalah untuk menambah dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan jenazah agar peserta sentiasa bersiap sedia untuk tampil membantu menyempurnakan jenazah. Program ini juga diharap akan melahirkan insan yang boleh berbakti kepada masyarakat berdasarkan Ilmu yang dipelajari dan bertanggungjawab dalam memikul tugas fardhu kifayah ini.
Bengkel pengurusan jenazah lelaki telah pun dibimbing oleh alumni UNISSA sendiri dan merupakan fasilitator yang bertauliah serta berpengalaman, iaitu YM Imam Haji Nuralif bin Haji Taib, Imam Tingkat II, Masjid Kampong Pulaie. Manakala bengkel pengurusan jenazah perempuan dibimbing oleh Hajah Siti Animi binti Haji Salleh dan Norlila binti Mohammad, Penggapai daripada Unit Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Seramai 37 orang peserta dari kalangan Alumni UNISSA menyertai program ini, yang mana 12 orang peserta lelaki dan 25 orang peserta perempuan.
Program ini turut dihadiri oleh Muhammad Dzulhilmi Bin Haji Moharefandi selaku Yang Di-Pertua Persatuan Alumni UNISSA Sesi 2021/2023 yang seterusnya menyampaikan sijil kepada fasilitator dan peserta.