UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis. 18 April 2024 – Majlis Sambutan Hari Raya UNISSA dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat
4HB APRIL 2024M Khamis, 24 Ramadhan 1445H, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Pejabat
PENDAFTARAN BAGI AGRITALK PROGRAM BERSIRI BAGI PENGUSAHA PERTANIAN 2022/2023
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Pertanian menawarkan Agritalk: Program Bersiri bagi Pengusaha Pertanian 2022/2023 kepada orang ramai.
Agritalk: Program Bersiri bagi Pengusaha Pertanian 2022/2023 ini menawarkan 2 sesi iaitu; sesi pertama, Smart and Precision Agriculture System to realize sustainable Agro-Enterprises yang akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Jun 2022 dan sesi kedua, Enhancing Crop-Soil Interactions For Sustainable Agricultural Efficiency yang akan diadakan pada hari Rabu, 13 Julai 2022.
Adapun tujuan program Agritalk ini ialah memberi bimbingan kepada peladang-peladang dan pihak yang bekenaan dalam hal ehwal pertanian moden, memberi bimbingan ilmu-ilmu praktikal dalam pertanian moden dan meningkatkan kemahiran pertanian kepada para peserta
Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari link berikut: https://bit.ly/AGRITALK_2022. Tarikh akhir pendaftaran dilanjutkan kepada hari Khamis, 02 Jun 2022, jam 4.00 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA ditalian +673 8254374, talian 2462000 ext 202/204 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.