UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin
KAMPUS UNISSA SINAUT MERAYAKAN HARI AIDILFITRI BERSAMA PELAJAR Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam
PRODUCT AND SERVICE INVENTION COMPETITION SEES THE POTENTIAL IN THE DEVELOPMENT OF SCIENCE AND TECHNOLOGY
Rabu, 29 Mac 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah mengadakan Bengkel “Solat seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam” sebagai pengisian aktiviti Bahagian Pelaburan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sempena menjelangnya bulan Ramadhan. Bengkel tersebut disertai oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pengarah urusan, pengurus kanan, pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Pelaburan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertempat di dewan teater bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Bengkel yang dijalankan selama setengah hari ini disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hayatuddin bin Haji Moksin, tenaga pengajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, tenaga pengajar Fakulti Usuluddin. Adapun tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang solat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan solat, menghalusi bacaan dalam solat dan memahaminya serta memberikan panduan dan bimbingan dalam melaksanakan tatacara solat yang sempurna.