7 ORANG PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BERLEPAS KE OSAKA JEPUN BAGI MENGIKUTI PROGRAM THE OSAKA UNIVERSITY INTERNATIONAL CERTIFICATE PROGRAMME

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Seramai 7 orang pelajar siswazah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlepas ke Osaka Jepun bagi mengikuti program The Osaka University International Certificate Programme. Pelajar yang menyertai program ini merupakan pelajar siswazah yang mengambil jurusan Master of Halal Science di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA. Program ini akan berjalan selama 2 bulan bertempat di, Kampus Suita, Osaka University, Jepun. Kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan ke tiga yang mengikuti program ini sejak ia ditawarkan pada tahun 2020. Pelajar juga menerima biasiswa daripada Osaka University dan Japan Student Services Organization.
 
Osaka University merupakan salah satu Universiti yang berprestij dan dalam kedudukan 3 teratas di antara Universiti di Jepun. Reputasi ini menunjukkan inisiatif mereka untuk menawarkan program-program bagi pelajar luar dengan mengenalkan program dibawah Osaka University ASEAN Campuses seperti The Osaka University International Certificate Programme.
 
UNISSA menyambut baik peluang yang ada bagi pelajar untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman dengan mengikuti program pengantarabangsaan yang ditawarkan oleh mana-mana Universiti di luar negara. Peluang pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik dan juga  menyerlah dalam penyelidikan halal dan seterusnya dapat meningkatkan employability pelajar dalam industri halal yang semakin berkembang pesat.
 
Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas  ialah Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban UNISSA beserta tenaga akademik yang lain.