
PUSAT KAJIAN MANUSKRIP ISLAM MENGADAKAN PROGRAM TAZKIRAH & IFTAR BERSAMA MASYARAKAT
Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

UNISSA-UM EXPLORES COLLABORATION IN THE AREAS OF COOPERATION, DEVELOPMENT, AND PUBLIC RELATIONS The strengthening of

MUHIBBAH’S VISIT BETWEEN UNIVERSITAS NEGERI MALANG AND UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI STRENGTHENS RESEARCH, COMMUNITY
18 Disember. – Bersempena dengan sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab telah menghantar seramai 4 orang mahasiswa Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan bagi menyertai program Kem Bahasa Arab Serantau 2.0 selama tiga hari bermula pada 16 hingga 18 Disember 2022 yang bertempat di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Program sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia tidak lain bertujuan untuk mencapai objektif, antaranya ialah mengukuhkan penggunaan bahasa Arab dan meningkatkan penguasaannya di peringkat nasional, serantau dan global yang menyampaikan kepentingan perkongsian bersama dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa tersebut seperti pertandingan, seminar, aktiviti perkhemahan dan pameran yang diadakan sepanjang bulan Disember 2022. Program ini juga dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan mahasiswa.
Program sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia yang dianjurkan oleh Universiti Malaya pada kali ini melibatkan kerjasama antara universiti-universiti di Malaysia serta universiti-universiti antarabangsa dari negara-negara Asia seperti Indonesia dan Negara Brunei Darussalam, yang secara tidak langsung dapat menjalin dan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dalam institusi pengajian tinggi serantau.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya mencipta logo dan slogan sorakan kumpulan, eksplorasi, latihan secara berkumpulan, mencipta lagu tema kem, malam kebudayaan Arab dan sebagainya.




