32 AHLI PENGAKAP UNISSA BELAJAR ASAS BERKAYAK

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 September 2022, Seramai 32 orang ahli Pasukan Pengakap Kelana Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 1102 telah berjaya menamatkan latihan kemahiran asas berkayak sejauh lima kilometer dari Kompleks Sukan Air Serasa ke Pulau Bedukang.

Latihan yang dianjurkan oleh Pasukan Pengakap Kelana UNISSA 1102 itu bertujuan memastikan ahli mempelajari teknik yang betul dalam berkayak dan mempunyai keyakinan untuk menyertai aktiviti air.

Ahli-ahli Pengakap Kelana UNISSA 1102 dibimbing oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan diiktiraf oleh Jabatan Belia dan Sukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Para peserta diberi penerangan ketika mengendalikan kayak dengan betul, teknik berdayung dan teknik dan cara mengatasi apabila kayak terbalik.

Jurulatih Pemimpin Pengakap Kelana UNISSA Zainudin bin Haji Ishak berkata, “Saya berharap ahli dapat lebih berkeyakinan dalam menganjurkan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental, serta bekerjasama antara satu sama lain lebih-lebih lagi dalam aktiviti air seperti ini”.

Aktiviti seperti ini adalah dihasratkan untuk menggalakan para peserta mendalami kemahiran dan kecekapan dalam pelbagai kegiatan yang mencabar ketahanan fizikal dan mental.