FORUM KHAS SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1445H/2023 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445H/2023M jam 2.00 petang, berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Sambutan tersebut disemarakkan dengan Forum Khas yang bertemakan “Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati.”

Forum disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu pelajar tahun 5, Mohammad Norhadi Yussof @ Yusreen bin Abdullah dari Fakulti Syariah & Undang-Undang dan pelajar tahun 2, Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim dari Fakulti Usuluddin. Manakala forum dipengerusikan oleh pelajar tahun 2 dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Mohammad Aniq Hamim Lubawi bin Mat Zidi.

Antara inti pati yang dapat diambil daripada forum berkenaan bahawa kita selaku umat Islam adalah dituntut untuk mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam segenap aspek kehidupan kerana sesungguhnya orang yang berpegang dengan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, dialah orang yang bahagia dan mulia. Manakala akhlak Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang sering disebut di dalam al-Qur’an, hadith dan sirah nabawiyah, hendaklah kita aplikasikan dalam kehidupan seharian agar kita dapat menjalani hidup ini selaras dengan apa tujuan kita diciptakan Allah Subhanahu Wata’ala.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam di samping mengambil iktibar terhadap jasa-jasa Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallamsebagai seorang pemimpin dan juga pendidik dalam menyebarkan agama Islam.