21 KADET TENTERA UNISSA TERIMA KENAIKAN PANGKAT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

5 Oktober 2022, Seramai 21 orang ahli-ahli kadet tentera dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kenaikan pangkat dalam acara yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian pangkat ialah Pegawai Memerintah Kadet Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 905 Mejar Saleha binti Haji Alim.

Antara lain tujuan majlis diadakan adalah untuk memberikan penghormatan kepada ahli-ahli kadet tentera UNISSA di sepanjang perkhidmatan selain memberi semangat agar sentiasa bersatu padu dalam meneruskan perjuangan mereka.

Di majlis tersebut, dua orang ahli kadet tentera UNISSA telah dinaikkan pangkat kepada Staf Sarjan, enam ahli dinaikkan pangkat kepada Sarjan, lapan ahli dinaikkan pangkat kepada Koperal dan selebihnya dinaikkan kepada pangkat Lans Koperal.

544 Pegawai Waren 1 KT Muhammed Sahrin Bin Haji Masri selaku guru pengawas kadet tentera UNISSA, menjelaskan bahawa dengan berlangsungnya majlis tersebut, diharapkan supaya akan dapat menguatkan lagi semangat para ahli kadet tentera UNISSA dan akan sentiasa bersedia berkhidmat, disamping memberikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi sama ada di dalam mahupun di luar aktiviti kadet tentera.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Haji Hayattuddin bin Haji Moksin, Ketua Unit Kokurikulum, UNISSA dan pegawai-pegawai Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) serta barisan Pegawai Tadbir Pasukan Kadet Tentera ABDB.