
“CLEAN UP PANTAIKU”
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
Bandar Seri Begawan, 16 Oktober – Dua orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan daripada Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), iaitu Nazatul Afiqah binti Junit dan Nuraisha binti Abdul Aziz berlepas ke Casablanca, Maghribi untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Mohammed V University di Rabat, Maghribi di bawah Program Tamayyuz (Study Abroad Programme – SAP).
SAP merupakan usaha UNISSA dalam memberi peluang kepada para penuntutnya untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan membangunkan kemahiran profesional mereka seperti komunikasi, kesedaran diri dan keyakinan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FBA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; Timbalan Dekan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim; Ketua Program Prasiswazah serta Penyelaras At-Tamayyuz FBA, Dr Hajah Rafizah binti Haji Abdullah; serta pensyarah FBA, Kujaimah binti Haji Abdul Kahar.
Pihak FBA sangat berbangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar berkenaan dan berharap pengalaman yang bakal mereka perolehi di Maghribi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya agar menjadikan mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.