
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
15 Oktober 2022; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Pertandingan Syarahan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1444H/2022M bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNISSA, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan.
Pertandingan Syarahan yang bertemakan “Bersabar, Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakkal Menghadapi Ujian; Meraih Syafaat Rasulullah” menampilkan 7 peserta di kalangan pelajar mewakili fakulti/pusat akademik.
Johan pertandingan jatuh kepada Awang Abdul Mujib bin Awang Sh’minan, pelajar tahun 3 daripada Fakulti Usuluddin, manakala naib johan ialah Awang Muhammad Firdaus bin Sait, pelajar tahun 2 daripada Fakulti Teknologi Islam dan mendapat tempat ketiga ialah Dayang Nur ‘Siti’ Zirwatul Amal binti Mohammad Zulkifli, pelajar tahun 1 daripada Pusat Penyelidikan dan Halalan Thayyiban.
Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan tausyeh dari kumpulan Firqatul Muhibbil Lahni. Kumpulan tausyeh ini terdiri dari mahasiswa UNISSA dan telah mendapat tempat ketiga di dalam Pertandingan Tausyeh bagi Dewasa dan Belia Masjid Senegara Anjuran Bersama Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Tahun 1444H/2022M.
Tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah bagi menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam di samping untuk memupuk bakat pelajar dalam penyampaian syarahan dengan baik dan berkualiti.
Penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta-peserta pertandingan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.