
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
15 – 16 Disember 2022 , Dua staf akademik Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja semasa Thailand Halal Assembly (THA) 2022 anjuran Chulalongkorn University, Thailand secara hibrid dengan tema “Soft Powering of Halal Science, Technology and Innovation”.
Pg Dr Hajah Norkhairiah binti Pg Hj Hashim, Pengarah PPHT, sebagai Pembentang Jemputan telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk “Soft Powering of Halal Industry in Brunei Darussalam: Opportunities & Challenges”.
Selain itu, Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, Calon PhD dan juga Penolong Pensyarah Sambilan PPHT, merupakan antara peserta yang terpilih untuk membentangkan kertas kerja di persidangan tersebut.
Di akhir sesi pembentangan, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa Nor Surilawana binti Haji Sulaiman dengan kertas kerja bertajuk ”Food Waste Conversion to Halal Organic Fertilisers” telah meraih anugerah Best Paper.