MAJLIS PERASMIAN MAHRAJAN (KARNIVAL) BAHASA ARAB SEMPENA HARI BAHASA ARAB SEDUNIA 2024, DAN SEMPENA BRUNEI DISEMBER FESTIVAL 2024.
Rabu, 18 Disember 2024: Melihat kepada kepentingan Bahasa Arab di sebuah negara zikir, Negara Brunei
Rabu, 18 Disember 2024: Melihat kepada kepentingan Bahasa Arab di sebuah negara zikir, Negara Brunei
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Tiga orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini telah menyertai Islamic Youth Leadership Convention (IYLC) 2.0 yang telah diadakan pada 18 – 21 Oktober 2023 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu, Malaysia.
IYLC merupakan aktiviti anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UNISZA yang melibatkan para pelajar daripada negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Brunei serta para pelajar antarabangsa UNISZA sendiri. Ia merupakan platform untuk para peserta untuk mengumpul, berkongsi idea, dan meneroka isu-isu yang relevan dalam skop kepimpinan, kesukarelawanan, dan peranan belia dalam pembuatan dasar. Perkara ini adalah selaras dengan salah satu objektif program diadakan iaitu untuk menggalakkan dialog mengenai kepimpinan dalam kalangan belia ASEAN dan seterusnya sebagai nilai tambah kepada golongan muda di samping menanamkan nilai kepimpinan kedalam diri para peserta.
IYLC bukan sekadar persidangan, tetapi pemangkin perubahan dan pertukaran idea yang mendalam. Di samping berkongsi kefahaman mengenai isu-isu utama seperti kepimpinan, kesukarelawanan, dan peranan belia dalam membuat dasar, program ini juga turut memberi peluang kepada para peserta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Antara contohnya adalah apabila para peserta dibawa ke Kampung Cheting, Kuala Terengganu dimana mereka turut bekerjasama membantu membersihkan tanah perkuburan, membersihkan sekitar kampung, dan membantu memasak hidangan dengan penduduk tempatan. Aktiviti pada hari tersebut berakhir dengan sambutan Maulidurrasul yang menggambarkan nilai bergotong royong.
Pelajar-pelajar juga menjalani proses pembelajaran pengalaman melalui kunjungan ke tapak dan makam para pahlawan terhebat dalam sejarah Malaysia. Mereka mengkaji sifat-sifat kepimpinan yang telah diperlihatkan oleh pahlawan-pahlawan ini dalam mempertahankan negara, serta menimba pengajaran berharga yang akan membentuk generasi-generasi masa depan.
‘Persidangan Mahasiswa’ iaitu kemuncak acara dalam IYLC 2.0 memfokuskan mengenai kepimpinan dalam dunia islam dimana perbincangan yang dinamis turut membuka wawasan yang mendalam tentang berbagai aspek kepemimpinan dalam konteks agama dan dunia moden kepada para peserta. Mewakili UNISSA adalah tiga orang pelajar iaitu Muhammad Firdaus bin Sait, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar (MPP PP) UNISSA, Nur Akashah Nadhirah Afifah binti Razali, Setiausaha II, MPP PPUNISSA dan Dyg Syafiah binti Abd Hafidz, Presiden ALSA Brunei. Dalam persidangan berkenaan, para pelajar UNISSA telah membahaskan mengenai tajuk Sustainable Leadership bersama negara ASEAN dan keperluan untuk membentuk generasi masa kini.