
EIDCLEANUP DONATIOAN ANJURAN BERSAMA UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN RAKAN U.M.A.T UNISSA
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T
Sabtu, 22 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar
UNISSA Press telah menyertai pameran dan jualan buku sempena Majlis Sambutan Nuzul al-Qur’an Peringkat Negara
Isnin, 18 Syaaban 1446H bersamaan dengan 17 Februari 2025M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Taklimat kerjaya : Eco Ponies Garden untuk Pelajar dan Alumni UNISSA.
Seramai 43 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA Gadong.
Taklimat kerjaya ini disampaikan oleh Yang Mulia Puan Nurul Fatihah binti Abdullah, Management Team, Eco Ponies Garden. Yang Mulia Puan Nurul Fatihah binti Abdullah berkongsi pelbagai pengalaman dan Memberikan peserta pemahaman yang lebih mendalam mengenai Eco Ponies Garden, termasuk peluang kerjaya yang ditawarkan.
Antara sesi yang dikongsikan adalah mengenai tips kerjaya dalam bidang keusahawanan dan pertanian, peluang-peluang internship serta kelebihan-kelebihan yang diperoleh daripada pengalaman tersebut.
Hasil taklimat ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada taklimat kerjaya ini untuk memperluas perspektif mereka tentang sektor alam sekitar, kulinari, dan keusahawanan.