
Pelaburan Patuh Syara’ jadi Tumpuan di Singapura
UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

Selasa, 14 Julai 2026 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan
Ahad, 23 Mac 2025 – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjalankan program EidCleanUp Donation sebagai aktiviti berbagi rezeki dan bersedekah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Seramai 25 orang Rakan U.M.A.T UNISSA dan 10 orang sukarelawan Mahasiswa UNISSA turut terlibat menjayakan program khidmat masyarakat ini.

Tujuan program selain daripada meringankan bebanan orang yang kurang berkemampuan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Ia juga dapat memupuk sifat bertanggungjawab, prihatin dan peka akan keadaan sekeliling dengan memberikan bantuan kepada masyarakat.
Program khidmat masyarakat kali ini memfokuskan kepada pengagihan barang-barang membersih luar dan dalam rumah sebagai penyediaan awal meraikan Hari Raya Aidilfitri, seperti cangkul, skop tanah, penyapu, mop lantai, bahan mencuci lantai dan tingkap, minuman tin dan sedikit makanan kering.

Seramai 20 buah keluarga dari kawasan Mukim Lumapas telah dipilih untuk menerima sumbangan EidCleanUp Donation. Diharap dengan mengadakan program ini dapatlah membantu golongan yang kurang berkemampuan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan persekitaran yang bersih dan cantik.
