![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/06/LAWATAN-KERJA-KE-IGS-4-300x176.jpg)
LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) telah menerima kunjungan seramai 5 orang daripada perwakilan delegasi Australian Asean Muslim Exchange Programme (AAMEP).
Seramai 56 orang telah menghadiri sesi perkongsian tersebut yang terdiri daripada Alumni UNISSA, Majlis Perwakilan Pelajar dan Rakan Umat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada hari Isnin, 29 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 17 Julai 2023M yang diadakan di bilik L1.3, UNISSA.
Turut hadir pada majlis tersebut Dr Hajah Lilly Suzana Binti Haji Shamsu (Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNISSA) dan Professor Madya Dr Siti Sara Binti Haji Ahmad (Penolong Rektor Akademik UNISSA). Pada sesi perkongsian ini, delegasi Australia yang terdiri daripada Rowan Gould (Director Programme AAMEP), Kauthar Abdulalim, Zinab Al Hilaly, Anjum Kasmani, Mohammad Khelil dan Ameen Soliman telah mengongsikan mengenai kerjaya professionalisma mereka disamping khidmat masyarakat yang mereka lakukan sebagai ahli anggota NGO di Australia. Sesi interaktif berkenaan telah memberikan galakan kepada alumi dan pelajar yang hadir untuk sentiasa berfikiran kritikal dalam menangani isu-isu kontemporari, meluaskan lagi perspektif global dan menerima kepelbagaian serta sentiasa berusaha ke arah masa depan yang lebih produktif.
Kunjungan dan sesi perkongsian ini juga diharap dapat membantu dalam mengeratkan lagi silaturahim dan menghubungkan jalinan antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan delegasi Australia. Sesi perkongsian ini turut diselitkan dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.