SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA UNISSA 2023

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

Dalam menyahut sokongan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang telah mengistiharkan tarikh 23 April sebagai Hari Buku Sedunia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Perpustakaan UNISSA, Pusat Penyelidikan & Penerbitan (PPP) dan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB) menganjurkan Sambutan Hari Buku Sedunia 2023 Peringkat UNISSA selama dua (2) hari bermula 20 Mac hingga 21 Mac 2023 bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Majlis pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia 2023 Peringkat UNISSA telah diadakan pada 27 Sya’ban 1444 bersamaan dengan 20 Mac 2023 bertempat di Perpustakaan UNISSA. Majlis pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia 2023 Peringkat UNISSA telah disempurnakan oleh Yang Mulia Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran Bilik Mahmud Saedon Law Collection, Bilik ini dinamakan sempena Yang Mulia Allahyarham Dato Paduka Seri Setia Professor Dr. Mahmud Saedon bin Awang Othman kerana kepakaran beliau dalam bidang undang-undang dan perundangan Islam yang mana merupakan asas dalam penawaran program Perundangan dan Guaman Syariah di Negara Brunei Darussalam.

Sebahagian besar buku-buku di dalam bilik Mahmud Saedon ini merupakan buku-buku Allahyarham yang diwakafkan oleh keluarga beliau kepada UNISSA dan wakaf daripada Allahyarham yang berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim dan juga sumbangan daripada Brunei Shell Petroleum.

Bilik ini merupakan “one stop centre” bagi bahan rujukan undang-undang terutama sekali bagi undang-undang sivil. Terdapat lebih dari 3500 buah buku undang-undang ditempatkan di dalam bilik ini merangkumi buku-buku teks undang-undang sivil, buku laporan undang-undang terkini daripada Negara Brunei Darussalam dan negara-negara luar yang digunakan dalam pengajian. Bilik ini juga dilengkapi dengan komputer dan talian internet untuk kemudahan pelajar mengakses database-database undang-undang yang dilanggan oleh UNISSA secara online dan buku-buku digital perpustakaan.

Bilik Mahmud Saedon Law ini juga adalah salah satu usaha UNISSA dalam memperbaiki lagi pengurusan buku-buku undang-undang perpustakaan supaya koleksi ini lebih mudah untuk diakses, dikemaskini dan dikembangkan sesuai dengan keperluan program Undang-Undang UNISSA.

Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia 2023 Peringkat UNISSA ini juga dimeriahkan lagi dengan pelancaran Kelab Perpustakaan “Nadi Maktabah” dan pembukaan semula Kedai Buku UNISSA Press. Majlis pagi ini juga turut menyaksikan penyampaian sijil-sijil kepada Best Academician Patron, Best Student Patron, Pewakaf Perpustakaan UNISSA, para pemenang aktiviti Media Sosial Perpustakaan UNISSA oleh Tetamu Kehormat majlis.

Tetamu Kehormat Majlis juga kemudian telah mengadakan lawatan ke petak pameran dan jualan Ma’radh Kutub. Ma’radh Kutub merupakan pameran dan jualan buku yang terdiri daripada penerbit-penerbit kerajaan dan toko-toko buku tempatan yang diadakan selama dua (2) mulai 20 hingga 21Mac 2023 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Antara lain tujuan Sambutan Hari Buku Sedunia 2023 Peringkat UNISSA ini diadakan adalah untuk memupuk minat membaca dan meningkatkan kepekaan warga UNISSA khususnya para pelajar terhadap buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran dan di perpustakaan di samping menarik lebih ramai pelajar dan tenaga akademik untuk berkunjung datang ke Perpustakaan UNISSA dan secara tidak langsung mempromosikan koleksi dan perkhidmatan perpustakaan. Di samping untuk mempromosikan kelab Nadi Maktabah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Di antara aktiviti yang akan diadakan sempena Minggu Hari Buku Sedunia ini ialah:

  • Ma’radh Kutub melibatkan pameran dan jualan buku yang terdiri daripada penerbit-penerbit kerajaan dan toko-toko buku tempatan.
  • Bincang-bincang Buku
  • KIinik Buku (Perkhidmatan Pembaikan Buku)
  • Aktiviti “Reading & Problem Solving” anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA
  • Aktiviti “Library Scavenger Hunt” anjuran Nadi Maktabah UNISSA