Share News
Recent News

PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QUR’AN, SESI MAC 2023M, ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIFF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan

MAJLIS MEMPERBAHARUI LANTIKAN YM PROF DR ABDUL SOMAD SEBAGAI PROFESOR KUNJUNGAN (VISITING PROFESSOR) DI FAKULTI USULUDDIN, UNISSA DAN DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN CERAMAH KHAS YANG BERTAJUK “INTEGRASI ILMU DAN AKHLAK” DARIPADA YM PROF DR ABDUL SOMAD
Sabtu, 28 Januari 2023 – Majlis memperbaharui lantikan YM Prof Dr Abdul Somad sebagai Profesor

Isnin, 27 September 2021- Program Terima Kasih Wira Kita telah diadakan bermula pada 27 September hingga 03 Oktober 2021. Daripada pengumpulan barang-barang dan kewangan sehingga penyerahan barangan sumbangan kepada pekerja barisan hadapan dan pesakit COVID-19. Semua ini telah diungkayahkan dan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 secara keseluruhan. Ianya juga melibatkan semua unit di bawah Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021.
Program ini dibuat bagi membantu menyumbangkan barangan keperluan kepada pekerja barisan hadapan “frontliners” dan juga ke tempat-tempat pengasingan diri (Quarantine place) yang ada di setiap daerah-daerah di seluruh negara ini. Ianya adalah salah satu cara bagi meringankan bebanan frontliners dan pesakit-pesakit COVID-19 dan secara tidak langsung menghargai jasa frontliners yang telah bertungkus lumus dalam menangani wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.


