PROGRAM SEJARAH ISLAM BRUNEI: PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA PENGAMBILAN KE-12

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Program Sejarah Islam telahpun di perkenalkan dengan lebih luas kepada para peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke-12: Sejarah Islam Brunei bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk digiatkan lagi sejarah Brunei dan memantapkan lagi pengetahuan masyarakat tentang sejarah Islam Brunei terutamanya belia.  

Program Sejarah Islam Brunei ini telah diperkenalkan dengan lebih luas kepada peserta Khidmat Bakti Negara dimana ia terdiri daripada 470 orang pelatih PKBN daripada 12 platun dan program ini telah dilaksanakan pada, 19 Disember 2023 hingga 20 Disember 2023 bersamaan 06 Jamadilakhir 1445H hingga 07 Jamadilakhir 1445H pada jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari dan mengambil tempat di Dewan Kuliah, Kem Latihan, Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi, Temburong. 

Program ini diadakan bagi menyedarkan para belia bahawa pentingnya untuk sentiasa mengingati sejarah kita dan mengekalkan keaslian dan asal-usul sejarah Islam agar kita tidak lupa dengan kepentingan sejarah bagi proses pembinaan dan pembangunan negara dan bangsa malah bukan belia sahaja namun setiap masyarakat juga perlu mengekalkan dan memelihara warisan sejarah negaranya sebagai identiti dan jati diri bangsa bagi memastikan kesinambungan, ketamadunan bangsa dan negara itu kerana belia warisan bangsa. Akhir sekali, dengan adanya program ini diadakan, dapatlah memberikan manfaat kepada warga UNISSA terutamanya pada mahasiswa/i Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dan juga kepada belia-belia daripada PKBN dan sebagainya