PROGRAM MOBILITI PELAJAR DAN PENSYARAH PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I, UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i telah mengikuti Program Mobiliti Pelajar dan Pensyarah atas kolaborasi Bersama dengan tiga buah universiti iaitu, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan University Princes Songkhla, Hatyai Thailand.

Program mobiliti ini merupakan inisiatif bersama 4 buah negara yang mempunyai motif yang sama untuk menghidupkan dan mengaktifkan jaringan kerjasama dalam penulisan dan penerbitan disamping memperkukuhkan lagi jalinan akademik antarabangsa dalam sama-sama menaikkan nama universiti. Cetusan idea ini merupakan pertama kali di adakan oleh Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i dalam menyahut dan mendukung misi dan visi UNISSA untuk mempertingkatkan penerbitan dan sejajar dengan peranan dan matlamat PPMS. Justeru, program ini mengandungi pelbagai aktiviti yang meliputi banyak KPI seperti pembentangan pensyarah dalam mini seminar, pembentangan pelajar dalam kolokium antarabangsa, khidmat masyarakat, jerayawara dan penyerahan mushaf ke agensi-agensi yang terpilih.

Diantara objectif program ini dijalankan adalah untuk meluaskan jaringan kerjasama dengan 3 buah institusi di luar negara. Selain itu, menjadi platform bagi pensyarah tempatan untuk berkongsi input dan berkolaborasi dalam penerbitan. Mendedahkan pelajar dengan pengalaman pembentangan di luar negara di samping memantapkan lagi kualiti penulisan tesis pelajar. Bukan itu Sahaja, program ini juga melatih pelajar-pelajar dengan sikap kepimpinan melalui khidmat masyarakat. Dan yang terakhir, mempromosi Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i sebagai pilihan pelajar luar negara bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Seramai 5 orang pelajar dan 2 orang pensyarah PPMS iaitu Timbalan Pengarah PPMS dan Ketua Program pascasiswazah PPMS yang mengikuti program mobiliti ini yang diadakan pada hari Ahad, 15 Sya’ban – 22 Sya’ban 1445H bersamaan dengan 25 Februari – 03 Mac 2024M.   Program mobiliti ini memberi manfaat kepada semua pihak di mana pensyarah berpeluang menerbitkan buku atau chapter in book bersama pensyarah di USIM dan juga UUM. Bagi pelajar-pelajar pula mampu menghasilkan tesis yang berkualiti dan berpotensi graduasi dalam tempoh yang ditetapkan.