PROGRAM MAHABBAH RASULULLAH

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Badan pelajar Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMS) telah mengadakan suatu program bersempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai satu inisiatif untuk memupuk sifat mahabbah dan mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menghayati sirah hidup baginda, memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UNISSA untuk mengingati dan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk memahami latar belakang dan perjalanan hidup Rasulullah SAW, menyebarkan kesedaran melalui pengetahuan dan pemahaman tentang baginda, pembentukan peribadi yang baik serta mengukuhkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dengan adanya program ini diharapkan dapat meningkatkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW dan memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan mengenali dan mendeladani Nabi Muhammad SAW dalam seluruh aspek kehidupan dunia dan ukhrawi.