MAUSIM AL-THAQAFI ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB
12 September 2024, Hari Khamis, bertempat di L1.3, Fakulti Bahasa Arab mengadakan Mausim Thaqafi (موسم
12 September 2024, Hari Khamis, bertempat di L1.3, Fakulti Bahasa Arab mengadakan Mausim Thaqafi (موسم
12 September 2024, hari Khamis merupakan majlis Malam Hubbur Rasul (Malam Cinta Rasul) kerjasama dengan
8 September 2024, merupakan giliran Fakulti Bahasa Arab mengadakan dikir Syarafil Anam, di Surau Al-Shafi’i,
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai.
Kuliah yang bertajuk Mengenali Hadith Palsu ini akan diadakan pada hari Sabtu, 04 Februari 2023M bersamaan 13 Rejab 1444H bermula jam 9.30 hingga 11.00 pagi (1 jam 30 minit) melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Kuliah ini akan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Shayuthy bin Abdul Manas, Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, UNISSA.
Adapun tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.
Orang ramai yang ingin mengikuti Program Khidmat Akademik ini bolehlah melayari link berikut https://us06web.zoom.us/j/86522477466/
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.