
LIBRARY BOOTCAMP
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
SABTU 17 Disember 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 16 orang
SABTU, 25 Februari 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai.
Kuliah yang bertajuk Freedom & Fulfillments ini akan diadakan pada hari Sabtu, 04 Mac 2023M bersamaan 11 Sya’ban 1444H bermula jam 9.30 hingga 11.00 pagi (1 jam 30 minit) melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Kuliah ini akan disampaikan oleh Yang Mulia Dr Suleiman Mohammed Hussein Boayo, Penolong Profesor, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA.
Adapun tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.
Orang ramai yang ingin mengikuti Program Khidmat Akademik ini bolehlah melayari link berikut https://us06web.zoom.us/j/86522477466/
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.