
MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAHMUD YUNUS BATUSANGKAR
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa
Bandar Seri Begawan, 4 Jun – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menganjurkan Program Khidmat Akademik bagi sesi bulan Jun 2022 kepada orang ramai secara dalam talian (Zoom Webinar). Program diadakan pada hari Sabtu, 04 Jun 2022M bersamaan 04 Zulkaedah 1443H, jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Program Khidmat Akademik ini dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dan kuliah program disampaikan oleh Yang Mulia Dr Zeiad Amjad Abdul Razzak, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Pada kuliah kali ini, Yang Mulia Dr membawakan tajuk kuliah Halalan Slaughter and Animal Welfare. Kuliah inimembincangkan mengenai pengenalan kemaslahatan binatang daripada cara menjaga dan memelihara binatang di kandang sehingga binatang tersebut disembelih. Kuliah tersebut juga menerangkan mengenai dua kategori penyembelihan iaitu; Al-Dhabh dan Al-Nahr dan juga langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa proses penyembelihan. Selain itu, Yang Mulia Dr juga turut menerangkan mengenai cara praktikal yang digalakkan dan berkesan dalam penyembelihan. Di Akhir program ini juga diadakan sesi soal jawab daripada para peserta yang hadir.
Adapun objektif program ini dibukakan kepada orang ramai agar orang ramai beroleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.