PROGRAM HALAL LIFESTYLE: MINAN NISA ILAN NISA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

PROGRAM HALAL LIFESTYLE: MINAN NISA ILAN NISA TINGKATKAN KESEDARAN HALAL

Rabu – 6 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) baru-baru ini telah mengadakan siri program Halal Lifestyle: Minan Nisa Ilan Nisa.

Program ini merupakan inisiatif PPHT dalam usaha meningkatkan kesedaran halal di kalangan kaum wanita. Justeru itu, untuk siri pertama ini, PPHT telah bekerjasama dengan Women Business Council (WBC) untuk mengongsikan ilmu mengenai halal kepada ahli-ahli WBC.

Hadir bagi memberikan taklimat mengenai halal ialah Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah, PPHT dan Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, Penolong Pensyarah, PPHT.

Turut menyaksikan pembentangan tersebut ialah Hjh Mordiah binti Hj Jackia, Naib Presiden, WBC, bersama ahli-ahli WBC yang lain.

Program ini antara lain bertujuan untuk melengkapkan kaum wanita dengan pengetahuan konsep dan prinsip halal, konsep asas kebersihan dan keselamatan makanan bagi amalan mampan.

Inisiatif ini juga dijalankan bertujuan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 nombor 2 untuk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi.

Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 5 (Kesaksamaan Jantina).