
PROGRAM DUAL IJAZAH SARJANA MUDA KINI DITAWARKAN DI UNISSA
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Sabtu, 15 Februari 2025 – Hari Terbuka UNISSA telah diadakan di Kampus Sinaut, UNISSA, Tutong.
Khamis, 13 Februari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima kunjungan daripada Universitas
Forum Antarabangsa Manuskrip Islam Siri 1 anjuran Pusat Kajian Manuskrip Islam dengan kerjasama Pusat Kepimpinan
Rabu, 31 Januari 2024 – Minda Youth Movement (MYM) dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mengadakan siri program Halal Lifestyle for All di Perpustakaan Biro Bahasa dan kesusasteraan (DBP).
Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah PPHT UNISSA telah menyampaikan konsep dan prinsip Halalan Thayyiban dan Pensijilan Halal. Manakala, penerangan mengenai konsep asas dan garis panduan kebersihan, keselamatan dan senarai semak yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat sebarang pembelian di restoran telah disampaikan oleh Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, Penolong pensyarah PPHT.
Ahli Majlis Perundangan dan Ketua Kampung, Kampong Bukit Sawat iaitu Yang Berhormat Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann dijemput selaku Tetamu Kehormat pada majlis yang dianjurkan oleh MYM dengan kerjasama UNISSA. Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin turut mengambil bahagian.