Alumni Affairs Office

UNISSA ANJUR BENGKEL PENULISAN CV TINGKATKAN PROSPEK KERJA ALUMNI DAN BAKAL GRADUAN

7 JUN 2023

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) dan Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dengan kerjasama daripada pihak Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei telah mengadakan Bengkel Kerjaya: Klinik Penulisan CV.

Seramai 48 orang peserta terdiri daripada 41 bakal graduan dan 7 Alumni UNISSA telah mengikuti bengkel yang diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA pada hari Rabu, 18 Zulkaedah 1444H bersamaan dengan 7 Jun 2023M.

 

Penyampaian taklimat dari Tuan Mohd Khairul Hasbullah dari MPEC Jobcentre Brunei

 

Sesi Perbincangan & Aktivti Berkumpulan

 

Bengkel Kerjaya ini terbahagi   kepada tiga sesi di mana sesi pertama ialah taklimat penulisan CV yang berkesan yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Mohd Khairul Hasbullah bin Haji Anuar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei (JCB) Sesi kedua pula ialah aktiviti berkumpulan, iaitu aktiviti mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam CV dan aktiviti mengenal pasti bagaimana membuat CV yang boleh menarik perhatian majikan. Kedua-dua aktiviti tersebut bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman peserta mengenai cara membuat CV seperti yang telah disampaikan dalam sesi pertama. Sesi terakhir pula ialah sesi soal jawab.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta cara menulis CV yang lebih tepat, teratur dan menarik.

Sesi bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada wakil fasilitator JCB yang disampaikan oleh Dr Hafini bin Mahmud, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni selaku pemangku Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri, UNISSA.

Penyampaian cenderahati kepada Jobcentre Brunei

 

Bengkel ini diharapkan akan dapat meningkatkan pengetahuan para bakal graduan dan alumni UNISSA dalam menulis CV dan membina semangat dan keyakinan mereka dalam mencari pekerjaan.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam

    +673 811 3724 

    phe.alumni@unissa.edu.bn

hea.unissa

 

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
8:00A.M. – 12:00P.M. | 2:00P.M. – 4:00P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam

    +673 811 3724 

    phe.alumni@unissa.edu.bn

hea.unissa

 

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
8:00A.M. – 12:00P.M. | 2:00P.M. – 4:00P.M.