MAJLIS TA’ARUF PENGAMBILAN KE-2 BAGI SESI 2023/2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Majlis Amanat & Ikrar Pelajar-Pelajar Tahun 1, UNISSA sesi pengajian 2023/2024 pengambilan kedua di Dewan Auditorium, UNISSA pada hari Sabtu, 6 Januari 2024. Seramai 178 orang, iaitu 26 pelajar dalam program prasiswazah dan 152 orang pelajar dalam program siswazah telah mendaftar pada hari ini.

Hadir selaku tetamu Kehormat Majlis ialah Penolong Rektor (Akademik) UNISSA, YM Profesor Madya Dr Siti Sara Binti Haji Ahmad yang turut menyampaikan ucapan amanat dan seterusnya merasmikan Majlis Ta’aruf berkenaan. Dalam ucapannya, YM Penolong Rektor (Akademik) menyentuh mengenai cabaran yang akan dihadapi  oleh para pelajar di peringkat Universiti berikutan perbezaan suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menanamkan semangat juang dan jiwa yang kental serta mental dan fizikal yang kuat kerana perubahan suasana seumpama ini sedikit sebanyak boleh memberikan kejutan kepada para pelajar.

Para pelajar juga dinasihatkan untuk mengambil berazam menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, dan mengambil kesempatan dalam memanfaatkan keberadaan para pakar dan ilmuan yang ada di UNISSA samada dari kalangan tempatan mahupun dari luar negara sepanjang pengajian mereka nanti.

Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pelajar baru diketuai oleh Awang Abdul Malik bin Bahrin, mahasiswa daripada Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Penolong-Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.