PERTANDINGAN HADRAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, PIALA CANSELOR 2024/2025
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Khamis, 30hb Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan pertandingan Piala Canselor
Ahad, 25 Januari 2025- Pertandingan Chancellor’s Trophy bagi tahun 2024/2025 anjuran bersama Universiti Islam Sultan
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
13 Oktober 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1444H/2022M.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan seterusnya surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan.
Sambutan tersebut disemarakkan dengan forum khas yang bertemakan “Bersabar, Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakkal Menghadapi Ujian; Meraih Syafaat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Forum disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu pelajar tahun 2 (Doktor Falsafah Usuluddin), Muhammad Adib bin Haji Md. Idris dari Fakulti Usuluddin dan pelajar tahun 2 (Sarjana Usuluddin), Rifqi Hidayatil dari Fakulti Usuluddin. Manakala pelajar tahun 1 (Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Terjemahan), Muhammad Darussalam MB bin Haji Ahmad Hasyim dari Fakulti Bahasa Arab pula selaku moderator.
Antara intipati yang dapat diambil daripada forum berkenaan adalah konsep sabar, ikhtiar, doa dan tawakkal merupakan amal-amal soleh yang Allah Subhanahu Wata’ala anjurkan di dalam al-Quran. Bersabar dalam menghadapi ujian yang menimpa, berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang melanda, berdoa memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta bertawakkal dalam segala urusan merupakan aspek penting untuk meraih redha Allah Subhanahu Wata’ala dan syafaat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam di samping mengambil iktibar terhadap jasa-jasa dan pengorbanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam sebagai seorang pemimpin dan juga pendidik dalam menyebarkan agama Islam.